Kembali ke

Menu Utama

Tempahan/ Bayaran/ Penghantaran

Lagi produk sireh

Khasiat sirih yang tidak disedari
 

Sirih atau nama saintifiknya Piper betle L. adalah tumbuhan herba tempatan yang mengandungi banyak khasiat. Ia mempunyai sifat unik iaitu stypic (menahan pendarahan), vulnerary (menyembuhkan luka), stomachic (ubat saluran pencernaan), menguatkan gigi dan membersihkan tenggorok.

 

Selain itu, ia juga berkhasiat untuk merawat sakit perut, kembung, hidung berdarah, kencing tindak lawas, mata gatal dan menghilangkan bau badan dan mulut. Khasiat yang berwariasi ini turut menyebabkan ia turut digunakan oleh kaum Melayu, Cina dan India khususnya dalam perubatan tradisional.

 

 

Sirih dan perubatan tradisional

 

Sirih atau Piperacea merupakan salah satu herba pusaka warisan bangsa Melayu yang mempunyai nilai sentimen tersendiri untuk memperkatakan tentang peradaban dan sosio budaya orang Melayu. Sirih merupakan herba penting yang digunakan untuk melengkapi adat dan material utama dalam perubatan spiritual melayu. Sirih diterima oleh semua golongan untuk membolehkan ia berada di mana sahaja di kampung atau kota.

 

 

Khasiat dan kegunaan sirih  

  • menghalang hidung berdarah
  • menghilangkan sakit kepala
  • menghilangkan gatal - gatal kulit seperti kurap dan kayap
  • menghilangkan jerawat, jeragat dan parut jerawat di muka
  • melicin dan menegangkan kulit
  • menghilangkan bau badan
  • melebatkan bulu kening
  • menghalang bau mulut
  • mengubati resdung
  • mengubati kanak - kanak kembung, demam panas
  • menghilangkan sakit tekak dan batuk berkahak
  • mengubati sakit mata
  • menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serang dan tebuan
  • membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
  • merawat penyakit kulit seperti kudis, kurap, kayap dan panau
  • merawat penyakit sendi dan bisa - bisa tulang
  • merawat penyakit malaria
  • merawatkan keputihan untuk wanita
  • dijadikan bahan pembalut tangan terseliuh dan patah
  • membantu mencerahkan , melembab dan menyerikan kulit wajah.
  • menghilangkan kelemumur dan gatal di kepala.

 

Kajian Saintifik dan Perubatan Moden

Hasil penemuan kajian - kajian saintifik oleh pakar - pakar kajian herba produk mengatakan sirih mengandungi komponen - komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan.

 

Kandungan produk sireh emas

Flavournoid & Polyphenol
Untuk menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda.

Hydroxyl-chavicol
Membantu menormalkan perjalanan darah di pembuluh dan mempercepatkan pembekuan darah yang keluar

Astrigen
Membantu mengecutkan dan memulihkan tisu - tisu organik badan akibat luka dan sebagainya

Sialagoga
Membantu memperbanyakan rembesan air liur apabila dikunyah

Ekspektoran
Membantu menghilangkan lendir dan kahak apabila dimakan, sesuai sebagai ubat batuk dan sakit tekak

Euginol
Membantu membunuh kuman dan menghalang pembiakan koloni fungus/kulat

Dapatkan produk Sireh anda sekarang juga!!

Menu Utama   |  Tempahan/ Bayaran/ Penghantaran  | Lagi Produk Sireh