Make your own free website on Tripod.com
 

 

Kembali ke

Menu Utama

Tempahan/ Bayaran/ Penghantaran

Khasiat sirih

 

 

Teh Sireh Limau Purut

HARGA:
RM 32.00 (SM)     RM 35.00 (SS)       RM38.00 (BR)

Kandungan  :  20 uncang 

Berat bersih :  200g

 

Teh Sireh Limau Purut, adunan istimewa kombinasi sirih (Piper Betel) diperkaya dengan limau purut (Citrushystrix) yang terpilih. Teh aromatik ini kaya dengan antioksidan flavonoid yang sangat baik untuk tubuh dari tindakan radikal bebas penuaan selain membantu melancarkan sistem gastro-usus, meningkatkan metabolisme dan untuk tujuan mengawal berat badan. Ia mempunyai keenakan dan kesegaran asli teh herba semulajadi yang harum lagi berkhasiat untuk mengembalikan keceriaan dan kecergasan anda sepanjang hari.

 

 

Khasiat limau Purut, Citrus Hystrix dari Kajian Saintifik

Limau purut dari keluarga Citrus Hystrix dan spesies Rutaceae Sp.Merupakan tumbuhan bernilai dan sangat porpular di Asia tenggara terutamanya Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan China. Ia juga dikenali sebagai limau sewangi atau 'som makrut' di Thailand Kajian yang dilakukan mendapati tumbuhan ini selain mempunyai nilai kormesial sebagai bahan perasa makanan exotic Thailand dan aromatherapi 'aldehtdic' semulajadi yang luar biasa is juga mempunyai bahan-bahan terapeutik untuk mengatasi masalah pencernaan dan dispepsia (Gimlette and Thompson,1983).Ia bersifat antiseptik dan merupakan bahan utama dalam penyediaan mandian sauna herba bagi merawat batuk dan selsema (Burkill, 1935).Bahkan melalui kajian saintifik dan bioteknologi pula membuktikan bahawa tumbuhan ini mempunyai komponen-komponen aktif astrigen dan antioksida flavonoid yang boleh bertindak sebagai bahan anti-kanser, anti-radang, menurunkan darah tinggi, mengawal berat badan dan anti milkrobial. Ekstrak daripada daun limau purut, didapati banyak mengandungi 2 bahan Glyceroglycolipids yang berupaya membantu menghalang pembiakan sel tumor (Murakami et al.,1995)

 

Sementara itu kajian Mokhasmit, et al (1971) daun limau purut berupaya menjadi ubatan herba tinggi nilainya walaupun setelah dikeringkan ia mengekalkan sifat antihistamine, antipasmodic dan aktiviti hypotensive.

 

Penyelelidikan di MARDI dan UPM pula membuktikan bahawa daun limau purut sangat kaya dengan antioksidan flavonoid seperti naringin, rutin, hesperidin, kuersetin dan kaempfol yang sgt bagus diambil sebagai sebahagian daripada diet untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan mental dan fizikal supaya diri kekal bertenaga dan awet muda.

 

KEBERKESANANNYA:

  • Menguatkan dan menyegarkan anggota badan bagi ibu-ibu selepas bersalin

  • Menyegarkan urat saraf

  • Membuang toksid dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil

  • Melegakan keletihan dan sakit sendi

  • Membantu memecahkan lemak

  • Menghindarkan serta mengawal bau badan dan nafas

  • Meringankan badan yang terasa lemah, berat atau malas

  • Membantu melancarkan sistem gastro-usus (pencernaan)

  • Membantu mengatasi masalah sendi seperti: Gout, Rheumatisme, Arthrictic

  • Mengeluarkan susu badan yang lebih pekat dan segar ibu-ibu dalam pantang.

  • Mengatasi masalah gastric dan migrain

  • Menurunkan tekanan darah tinggi

  • Mengurangkan darah gemuruh

  • Merawat sakit jantung

 

Kenapa Meminum Teh Antioksidan
Sireh Limau Purut

Tumbuh-tumbuhan tropika seperti limau purut dan sirih menyerap cahaya untuk menghasilkan oksigen bagi melengkapkan proses fotosintesis.Oksigen adalah agen radikal yang boleh menghasilkan ROS ( Reactive Oxygen Species) yang sangat toksid dan menyebabkan kerosakan. Sebagai sistem pertahanan terhadap radikal bebas, tumbuhan itu sendiri akan menghasilkan pelbagai jenis antioksida. Oleh sebab itulah limau purut dan sirih dimanfaatkan sepenuhnya kerana kandungan antioksida yang tinggi. Antioksida semulajadi yang terhasil seperti flavonoid, polyphenol, tannin dan karotenoid.

Tua sebelum waktunya, satu ungkapan yang sememangnya ditakuti oleh semua orang. Proses penuaan adalah satu proses yang agak kompleks di mana perubahan-perubahan fisiologi dan psikologi akan mengganggu fungsi organ dan metabolisme seseorang. Gangguan ini memungkinkan seseorang menjadi semakin lemah dan bertambah usia dari hari ke hari. Oleh itu tubuh amat memerlukan agen antioksida dan mineral untuk menggantikan enzim antioksida yang kekurangan dalam badan selain menolong memperbaiki kerosakan aksidatif pada organ, membran mukus dan asid lemak. Minuman antioksida daripada tumbuhan seperti limau purut dan sirih berkeupayaan untuk menuetralkan dan menyingkirkan radikal bebas yang berlebihan. Bahkan ia amat membantu untuk melancarkan sistem gastro usus dan metabolisma tubuh bagi mengawal berat badan.

 

Kopi Bos Merah Tongkat Ali

HARGA:
RM 18.00 (SM)     RM 21.00 (SS)       RM25.00 (BR)

Kandungan  :  20 uncang 

Berat bersih :  550g

BOS, kopi premium berkualiti tinggi dengan adunan tongkat ali dan ubi bit merah yang secara tradisional dan saintifiknya amat berfaedah untuk tubuh. Tongkat ali mempunyai khasiat antioksidn dengan bahan SOD superoxide dimutase yang penting untuk ketahanan badan dan melawan radikalbebas yang menjadi punca pelbagai penyakit. Manakala Ubi Bit Merah (Beta Vulgaris) telah beratus-ratus tahun digunakan oleh masyarakat Cina dan Eropah dalam pemakanan untuk kesihatan dan menguatkan badan. Ia secara saintifik didapati berupaya menambah kesihatan jantung dan membina darah dengan galian-galian penting yang ada padanya. Ia mengandungi 20 sachet di dalamnya.

 

BOS BERKHASIAT MEMBANTU:

  • Menyingkir toksid dari badan

  • Meningkatkan tenaga dan kesegaran

  • Melancarkan peredaran darah.

  • Membersih saluran usus dan sistem penghadaman

  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh dari serangan barah

  • Mencantik, menyeri dan menyihatkan kulit

  • Meningkatkan aliran oksigen ke otak untuk menguatkan daya ingatan

  • Meningkatkan metabolisma tubuh untuk mengawal kolesterol berlebihan

  • Meningkatkan sistem imunisasi dan sistem ginjal atau buah pinggang.

  • Menghilangkan migrain

 

Cubalah produk sireh hari ini juga!!

 

 

Menu Utama   |  Tempahan/ Bayaran/ Penghantaran | Khasiat sirih